Tuesday, October 10, 2017

Kini aku kembali

Asslamualaikum semua, Sangat lama rasanya blog ini dah tak di update. Lama dah tak berkunjung ke blog ini pon sama. Al-maklum dari duduk merantau sehingga dah balik semula di kampung halaman. heheheh sangat lama rasanya. Ok laa hari ini Kak Sya nk update cerita pasal kisah kerjaya pagi petang siang malam. hehehehe.. bunyi macam kerja tak henti-henti. tapi sebenarnya itulah kerja bagi ibu-ibu samada berkerja atau tidak. Bagi ibu-ibu yang berkerja, walaupun masa bekerja 8 -10 jam di offie, namun, hakikatnya kerja tidak pernah habis. Selesai tugasan di pejabat, ibu akan pulang dan memulakan tugasan dirumah pula. Dari memasak, membasuh dan menjemur pakaian, melipat pakaian, menguruskan rumah serta anak-anak. Dengan masa yang sedikit itu juga lah nak luangkan masa menjenguk buku sekolah anak-anak, mengajar anak-anak serta menjaga dan merawat mereka sekiranya sakit pening. Tidak kurang juga bagi ibu-ibu yang bekerja sepenuh masa di rumah. Lagi ligat macam-macam kerja mahu dilakukan, pengurusan rumah, pengurusan anak-anak sekolah, pengurusan anak-anak kecil yang belum sekolah, masak, menguruskan pakaian, mengemas, melayan anak-anak serta suami dan banyak lagi. Kadangkala masa untuk diri sendiri pun tak ada. Samada kerja di rumah atau di pejabat, kalau dah nama ibu-ibu memang kerjanya pagi petang siang malam mmg xpenah abis. Terima kasih untuk ibu. Jasamu sangat besar untuk setiap keluarga. Semoga Allah merahmati kita semua sebagai ibu.

Catatan Dari Ibu separuh bekerjaya. hehehe

No comments:

Post a Comment

Buah Oren dan Vitamin C

Good morning chuollss.. Assalamualaikum.. Ok laa pagi2 ni Kak Sya nak tanya. Korang apa khabar? Dah sarapan ker tu? Ni Kak Sya nak tan...